Tuesday, March 15, 2011

Ciri-Ciri Masyarakat Jepun Yang Patut Dicontohi





Seperti sedia maklum, Jepun terkenal dengan automotif dan elektronik industri di seluruh dunia, dan barang eletronik Jepun account dengan suatu saham yg besar di psaran dunia, dibndingkan dgn kebnyakan negara lain.Tetapi bukan tntg kemajuan ini yg ign sye ketengahkn.. tetapi tentang ciri2 masyarakt jepun (yg sye tabik) yg ptut kita smua contohi...>.<


Ciri-ciri yang patut dicontohi:-


1.MENEPATI MASA

Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi.Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada w
aktu yang dijadualkan.Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.
Allah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."




2.MENJAGA KEBERSIHAN

Kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat saya sanjung pada masyarakat jepun ini.Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki(stesen keretapi),kita akan dapati tandasnya sangat bersih.Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita.Walaupun ada pekerja yang membersihkannya tetapi pada pendapat saya hal ini mustahil berlaku tanpa kerjasama dari orang ramai.Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu.Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.



3.JUJUR

Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di jepun.Kadangkala sesetengah masyarakat sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar ru
mah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya,tapi alhamdulillah se
lamat.Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes ragut.Sepanjang mereka di sana sentiasa berasa selamat walaupun kadangkala terpaksa berjal
an seorang diri.


4.RAJIN MEMBACA

Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam,sambil menunggu densya,dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca.Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang.Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu,maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.




5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB

Sifat yang paling saya salute dan tabik pada masyarakat jepun.Tak kira pensyarah,pekerja pejabat,pelayan restoran,driver bas dan sebagainya,mereka amat komited dengan kerja masing-masing.Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja.Bagi mereka kerja adalah segala-galanya.Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat jepun yang gah di mata dunia.Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.



6.SISTEMATIK

Ini sifat yang amat saya kagum.Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur.Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-
sekian yang wajib diasingkan(bunbetsu).Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya.Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel.Dan banyak lagi.




7.MENGHORMATI ORANG LAIN

Orang jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan.Sopan terhadap orang tua,orang yang lebih tua atau senpai(senior) dan yang paling saya kagum adalah sopan terhadap customer.Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap "irasshaimase" atau selamat datang.Walaupun ketika itu ada antara pekerja yang sedang mengemop lantai.Pun akan mengucap selamat sambil tunduk.Dan bila keluar pula akan ucap "arigato gozaimasu" atau terima kasih.Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama datang ke jepun.





cutenyeee baby niey >.<




Arigato 4 read it ^^ ♥

No comments:

Post a Comment